Salam…maka ini adalah sambungan dari yang coretan yang lepas. Ok, hmmm kat mana yerk nak start. Apa apa pun raya ni memang best la tak kira di mana. Kalu takde raya ni rasanya sukarlah kita nak berkenal-kenalan antara sedara mara, jiran tetangga. Time raya ni jugak la nak tanya khabar, anak berapa, keje mana? Rumah kat mana(yang jauh la…). pendek kata banyak la manfaatnya selain kita bole pakai baju baru nge nge…
So, raya jugak budak2 la yang paling havoc. Termasuklah abu Hurairah ni, awal2 lagi lepas siapkan dia, sepupu dia sibuk bawak dia sana sini. Tengok aje la aksi2 ni.
Biasalah kan budak2 memang memanjang tunggu duit raya sempena raya nih. Diorg la paling loaded, kalau kat kampung kedai pakcik Nawi yang dekat simpang tu memang sure laku punya. Kalu tak bukak mesti nyesal punya ahahaha..ya la setiap 15 minit budak2 ni hilang pergi shopping kedai runcit. Abu Hurairah pun antara yang dapat duit raya awal hehehehe..
Lepas tu kami beramai2 g rumah Pakcik di Beladau Kolam. Ramai gak, biasalah hari raya pertama keutamaan kepada sedara mara yang terdekat.
Hari tu penuh gak jadual berhari raya sampai tak larat dah nak bergambar. Sepatutnya letak juadah2 baru nampak raya sakan hehehe..(bukan nak bg terliur kat kawan2 kat oversea..). Ok la Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.








