RSS

Tag Archives: sate

Pemergian atau kepulangan?

Keluarga aku tak besar, dan tak juga kecil … kami telah dianugerahkan oleh ALlah yang maha pemurah dengan 5 orang adik beradik. Walaupun sederhana, kami telah dididik dari kecil oleh abah dan mama untuk hidup berkeluarga. 

Jangan salah paham, aku tahu korang semua pun ada keluarga, tapi mempunyai keluarga tidak bermaksud seseorang itu menjalani kehidupan berkeluarga, kalau ko paham maksud aku.

Dulu kitorang digalakkan makan berjemaah, solat berjemaah, menonton TV berjemaah and do most of our activities as a family. Ini membuatkan keluarga kami agak rapat. Tapi bila dah besar, kami mula membuat hal masing-masing dan bila dah ada keluarga sendiri ni, kita mula rindukan keakraban yang pernah dirasai dulu, apatah lagi menjelang raya. 

Adik bongsu aku pun ada membuat posting tentang perkara yang sama, bacalah kat sana.

Pada Ramadhan kali ini kami berlima telah dapat kembali bersama sebab adik bongsu aku pulang dari India. Walaupun cuma untuk 3 minggu tapi cukuplah untuk memeriahkan Ramadhan, dan pada Jumaat lepas, adik terpaksa pulang kembali ke india.

Nasib baik flight pergi ( atau pulang?) ke India adalah pada pukul 10 malam, jadi should be enough for us to depart from Shah Alam sebaik kelas aku tamat pada pukul 6.30 petang.

Hampeh …

Entah kenapa hari tu jalan sesak amat, even highway elite pun penuh dengan pemandu-pemandu yang tidak sabar untuk berbuka dengan air bancau yeos. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 40 minit ke KLIA, mengambil masa hampir 45 minit ke perhentian dengkil.

Argghh … berbuka sate la nampaknya …

Abu Hurairah tengah carik jam nak tgk dah boleh berbuka ke belum

Punya la letih jam dalam keta, sampai Abu Hurairah pun nak melunjur kaki.

Aku sebenarnya menjangkakan akan ada ramai orang di perhentian dengkil sehinggakan aku terpaksa berasak perut untuk mengorder sate, rupanya tidak. Berlambak meja yang kosong dan aku adalah pelanggan ke 2 di dalam barisan. Pelik tetapi benar …

Laala

Abu Hurairah pelik dengan keadaan perhentian yang agak lengang

Dan aku juga salute kepada pekerja Restoran Sate Kajang Haji Samuri, kerana walaupun mereka perlu berbuka, sate dan air kami sampai tidak lama selepas diorder, syabas kepada mereka! 

sedapnya sate ni ...

Selepas jam yang dasyat, makan sate dengan air oren jus dan milo ais memang sedap. Kalau di australia, norway dan uk, aku rasa lepas jam takde makanan2 ni kan kawan2 ... ahahaha ...

 Yer, aku sengaja letak gambar di atas untuk buat kawan2 aku di oversea terliur …. adakah anda terliur2 kawan2? 

Anyway selepas berbuka dan solat, kami akhirnya berjaya juga sampai ke KLIA dan menghantar adik pulang ( atau pergi?) ke India. Until nexti time, we will miss u maksu …

bye bye maksu

Potret keluarga terakhir

 
4 Comments

Posted by on September 19, 2008 in Family

 

Tags: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.