Selamat Hari Raya semua..rasanya baru jer update kat blog ni tapi rupanya hampir 3 bulan blog ni sunyi sepi. Owh ye ada gak ayah post kan gambar adik Abu Hurairah iaitu Abu Hanifah. Memandangkan dah banyak hari dah bulan syawal ni…cepat2 la nak update blog ni..sempena hari raya.
Banyaknya nak kongsi cerita ni tapi tak tau la nak mula kat mana. Cuma nanti la difikirkan apa yang nak ditulis. Raya tahun ni jatuh pada 20hb Sept, kalau ikutkan turn maka kami beraya kat Puchong tp memandangkan ada event lepas raya kami raya la di kampung halamanku di terengganu nan jauh di mata tetapi tetap dekat di hati. Di pendekkan citer maka beraya la kami sekeluarga dalam suasana yang gembira al maklum la kakak di Kuantan ada dan adik pun balikĀ ada hari raya pertama dari Kota Bharu. So meriah la dengan acara kutuk mengutuk, buli membuli. Ahahaaa..
Pada pagi raya lepas solat sempat la bermaaf2an dan bergambar. Raya ni macam biasa la kalau takde menu special rasa macam hambar..hehehe. Tapi saya cukup suka menu tahun ni pada hari raya pertama, mak buat laksa Terengganu, kakak buat nasi himpit, kuah kacang dan rendang. Raya kedua Nasi Dagang, berkali-kali tu g ke dapur pekena nasi dagang..best2. Tapi yang pasti time raya ni leh rasa macam2 masakan..sampai pening perut ni dok menahan kekenyangan. Namun jauh di sudut hati..chewah2 hari raya tahun penuh bermakna sebab kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata..adik! welocme to our family..:)

ano......selamat hari raya semua!

menu hari raya pertama..besttt

Lepas solat raya, kami kumpul la amik gambar...lagi dua family takde dalam gambar ni

keluarga kami heee..dah bertambah lagi satu..complete, ayah satu ummi satu.

ala2 candid camera dah semua orang boring asik amik gambar dalam umah

So ni kira combine anak2 dan cucu2 pakcik n makcik...tu baru suku.

Tengok la tu style hurairah tido, on d way balik dah seharian raya agaknya dah tak tahan terus tido kat belakang..zzzzzz










