RSS

Tag Archives: Ramadhan

Santapan Raja Terliur: Serambi Pak Engku

Satu benda yang orang di negara kita tak boleh lari pada bulan puasa ialah, berbuka puasa ala “makan selagi perut ko larat nak makan” atau nama baik dia makan ala buffet.

Buffet dan puasa … memang tak boleh mix …

Tujuan puasa itu sendiri adalah bertujuan untuk menguji dan mengajar manusia supaya berusaha untuk menahan keinginan a.k.a nafsu. Buffet pula bertujuan untuk menyaji dan mengajak manusia supaya makan dan minum berbagai-bagai hidangan yang disediakan. Memang betul … ada orang yang boleh control diri ketika berbuka ala buffet, tapi majoriti rakyat negara ini mempunyai mentaliti yang jika kita bayar RM45, then kita juga harus makan setimpal dengan apa yang dibayar … 

Mungkin mereka sedang mempraktikkan first law of thermodynamics.

Seperti yang aku katakan di atas, benda ni memang kita tak boleh lari, jadi semalam aku telah pergi bebuka ala buffet di Serambi Pak Engku. Jangan risau, aku pun sebelum ni tak pernah dengar akan tempat ini. Serambi Pak Engku ni letaknya di tingkat 4 bangunan  PKPS (berhadapan dengan hotel Grand Blue Wave) dan ianya menyediakan masakan ala kampung hasil tangan Chef Pak Engku. 

Macam macam jenis makanan ada contohnya,

Ikan patin masak asam pedas

Ikan patin masak asam pedas, kesukaan aku. Yum!

yang ini,

siput sedut

siput sedut masak cili api ( aku rasa), kesukaan wife aku.

dan ini adalah some of other foods yang ada malam tu macam apam balik (memang sedap giler), karipap, pulut bakar, laksa penang, lala masak pedas dan nasi beriyani. Ni baru makanan 1st round yang sempat aku snap, ada banyak lagi makanan lain available.

makanan yang ada

makanan yang ada

Food wise, makanan di Serambi Pak Engku memang sedap, lazat dan menyelerakan. Tempat ni memang sesuai untuk mereka yang rindukan masakan mak di kampung dan juga memang sesuai kalau nak bawa mak dan ayah berbuka puasa. Bukan sahaja makanannya sahaja ala kampung, suasana dewan itu jugak telah didekorasi bertemakan konsep kampung. Alas meja bercorak batik, pinggan bunga pink macam pinggan umah nenek aku dulu, dan di tengah-tengah dewan, sebuah titi kayu telah dibinia untuk melengkapkan lagi tema berbuka puasa ala kampung ini.

Tak rasa pun macam kat kampung tapi thumbs up for the effort.

suasana 1

2 layar besar untuk live feed of action dalam dewan

Titi dengan hiasan pokok di tengah dewan.

Yang berbezanya di Serambi Pak Engku ni, setiap malam ada kehadiran beberapa artis tanahair untuk membuat persembahan kepada tetamu yang datang berbuka puasa. Pada malam semalam, yang ada untuk memeriahkan majlis berbuka termasuk … 

A Rahman

Khir Rahman dan kawannya

Bang bang boom

Geng-geng dari Bang bang boom

rohana jalil + abu

Rohana Jalil

hasrol + artist

Mamat ni dari bang bang boom juga ( yang sebelah kiri, yang sebelah kanan tu member aku, ahaha)

Jadi seperti yang dapat korang lihat diatas, tempat ni memang penuh dengan artis, selain dari artis diatas yang turut hadir adalah Ikram dan juga Diddy AF.

So worth going? Depends …

Nak berbuka di sini korang kena bayar RM45. Kalau korang nak praktikkan first laws of thermodynamics, banyak jugak yang nak kena telan. Tapi personally aku rasa from RM45, probably around RM20 is for the food, another RM25 korang bayar untuk entertainment yang disediakan. Every night ada different artis yang datang untuk buat live performance and kalau korang memang jenis yang suka and teruja bila jumpa artis, tempat ni memang sangat sesuai untuk korang …

Aku rasa macam out of place bila makan kat sini sebab aku bukan jenis yang suka mingle dengan artis. In fact there are probably another half artis yang datang which aku tak tau nama diorang. Aku probably will fit in kalau duduk sedewan dengan HD Moore, Jon Lech Johansen, Neil Provos, Kevin Rose dan lain-lain. U get the idea …

Tapi tu aku …. kawan aku dalam gambar tu seronok je aku tengok, ahahaha …

 
3 Comments

Posted by on September 23, 2008 in Makan-makan

 

Tags: , ,

Santapan Raja Terliur: BBQ Chicken

Hahaha aku sebenarnya nak buat tajuk Santapan Raja Bersiung Terliur, tapi tak boleh, ahahah bongek jugek WordPress ni.

Anyhow selepas posting tentang sate tempoh hari aku rasa macam nak post lebih banyak lagi tentang makan dan gambar makanan:

  • 1 sebab aku suka keluar makan, dan
  • 2 sebab aku saja je nak buat memember aku kat oversea terliur (niat sebenar), dan
  • 3 aku nak kongsi pendapat tentang sesuatu restoran.

Apa-apa pun, pada ahad lepas kami sekeluarga telah ke One Utama untuk berbuka puasa. Actually tak terpikir pun nak makan kat mana, tapi tengah jalan-jalan tu ada satu mamat ni yang mukanya seakan-akan din beramboi telah memberhentikan kami dan mengajak kami untuk cuba berbuka di BBQ Chicken.

Kalau tengok dalam gambar ni mesti terliur, dah la puasa.

Kalau tengok dalam gambar ni mesti terliur, dah la puasa.

BBQ … mati-mati aku ingat dalam menu akan ada ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, abu bakar atau setidak-tidaknya kerang bakar. Upanya BBQ adalah akronim kepada Best Believable Quality dan ianya adalah sebuah restoran franchise dari Korea.

Diorang ada promosi Ramadhan sekarang ni so out of curiosity aku pun decide to give it a try. Kami telah mengorder Chicken charbroiled dan Hot Hot Drum.

So best ke tak?

Chicken chabroiled

Set Ramadhan Chicken charbroiled + Sup Cendawan + Kurma + Air Strawberry

Ni pendapat aku semata eh, rambut sama hitam tapi lidah lain2 bro. Untuk kepastian korang cubalah sendiri sebab at the end, ini cuma pendapat aku, comprende?

Aku suka ruang dalam kedai ni, luas, terang dan tiada pengunaan kaler yang melampau. Walaupun agak terlalu pink tapi ianya masih boleh diterima pakai. Service kedai ni memang tiada tandingan, from the moment ko order sampai masa ko nak balik, staff diorang betul entertain ko and aku tak kisah kalau kedai ni nak charge aku 5% service charge pun.

Abu Hurairah terpegun dengan penggunaan kaler pink didalam interior kedai.

Abu Hurairah terpegun dengan penggunaan kaler pink didalam interior kedai.

Tapi …

Hidup ni berpasangan, jadi yang elok, mesti ada yang tak eloknya kan. Makanan kedai ni agak kurang menepati citarasa aku ( bukan tak sedap) walaupun makanan ini digoreng/dimasak dengan menggunakan Olive Oil. Aku mmg tak pandai masak tapi aku tau minyak tu mahal weh!

Mungkin sebab aku sudah biasa dengan kepedasan sambal belacan mak aku, dengan kerangupan kentang potong nenek aku dan kelemakan kuah nasi minyak isteri aku. Jadi benda yang kedai ni serve, rasa macam …. takde rasa.

In fact, dengan RM14.90, aku boleh beli rangka ayam, air asam boi, air tebu, nasi minyak, yong tau fu di pasar ramadhan TTDI yang sudah pastinya lebih menyelerakan.

Final say, kalau korang rasa nak makan makanan western dari korea, bunyinya pun dah pelik. Bolehlah pergi ke BBQ Chicken ni. Aku lebih teringin nak makan Ikan Patin masak tempoyak di perhentian temerloh. huhuhu …

Kalau tak suka makan di sofa, kerusi ala-ala kedai mamak pun ada.

Kalau tak suka makan di sofa, kerusi ala-ala kedai mamak pun ada.

 
2 Comments

Posted by on September 21, 2008 in Makan-makan

 

Tags: , , ,

Pemergian atau kepulangan?

Keluarga aku tak besar, dan tak juga kecil … kami telah dianugerahkan oleh ALlah yang maha pemurah dengan 5 orang adik beradik. Walaupun sederhana, kami telah dididik dari kecil oleh abah dan mama untuk hidup berkeluarga. 

Jangan salah paham, aku tahu korang semua pun ada keluarga, tapi mempunyai keluarga tidak bermaksud seseorang itu menjalani kehidupan berkeluarga, kalau ko paham maksud aku.

Dulu kitorang digalakkan makan berjemaah, solat berjemaah, menonton TV berjemaah and do most of our activities as a family. Ini membuatkan keluarga kami agak rapat. Tapi bila dah besar, kami mula membuat hal masing-masing dan bila dah ada keluarga sendiri ni, kita mula rindukan keakraban yang pernah dirasai dulu, apatah lagi menjelang raya. 

Adik bongsu aku pun ada membuat posting tentang perkara yang sama, bacalah kat sana.

Pada Ramadhan kali ini kami berlima telah dapat kembali bersama sebab adik bongsu aku pulang dari India. Walaupun cuma untuk 3 minggu tapi cukuplah untuk memeriahkan Ramadhan, dan pada Jumaat lepas, adik terpaksa pulang kembali ke india.

Nasib baik flight pergi ( atau pulang?) ke India adalah pada pukul 10 malam, jadi should be enough for us to depart from Shah Alam sebaik kelas aku tamat pada pukul 6.30 petang.

Hampeh …

Entah kenapa hari tu jalan sesak amat, even highway elite pun penuh dengan pemandu-pemandu yang tidak sabar untuk berbuka dengan air bancau yeos. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 40 minit ke KLIA, mengambil masa hampir 45 minit ke perhentian dengkil.

Argghh … berbuka sate la nampaknya …

Abu Hurairah tengah carik jam nak tgk dah boleh berbuka ke belum

Punya la letih jam dalam keta, sampai Abu Hurairah pun nak melunjur kaki.

Aku sebenarnya menjangkakan akan ada ramai orang di perhentian dengkil sehinggakan aku terpaksa berasak perut untuk mengorder sate, rupanya tidak. Berlambak meja yang kosong dan aku adalah pelanggan ke 2 di dalam barisan. Pelik tetapi benar …

Laala

Abu Hurairah pelik dengan keadaan perhentian yang agak lengang

Dan aku juga salute kepada pekerja Restoran Sate Kajang Haji Samuri, kerana walaupun mereka perlu berbuka, sate dan air kami sampai tidak lama selepas diorder, syabas kepada mereka! 

sedapnya sate ni ...

Selepas jam yang dasyat, makan sate dengan air oren jus dan milo ais memang sedap. Kalau di australia, norway dan uk, aku rasa lepas jam takde makanan2 ni kan kawan2 ... ahahaha ...

 Yer, aku sengaja letak gambar di atas untuk buat kawan2 aku di oversea terliur …. adakah anda terliur2 kawan2? 

Anyway selepas berbuka dan solat, kami akhirnya berjaya juga sampai ke KLIA dan menghantar adik pulang ( atau pergi?) ke India. Until nexti time, we will miss u maksu …

bye bye maksu

Potret keluarga terakhir

 
4 Comments

Posted by on September 19, 2008 in Family

 

Tags: , ,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menempuh bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita. Ya la …banyaknya dosa kita, yang sedar satu hal, yang tak sedar tu macamana. Ampunilah dosa kami ya Allah. Jangan lupa setiap kali solat doakan kita diakhiri hidup dengan pengakhiran yang baik..mati dalam husnul khotimah. Amin ya rabbal alamin.

 
2 Comments

Posted by on August 29, 2008 in Kehidupan

 

Tags: ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.