RSS

Tag Archives: Berbuka puasa

9 Ramathan

Sekejap je rasanya puasa tahun ni…esok dah 10 ramathan. Minggu depan cuti nuzul quran pulak. Bagus jugak at least boleh jenguk mak ayoh kat kampong. Seingatnya kami rancang nak kumpul kat kg ramai2 bukak puasa sama2. Dari sms yang kakakku hantar petang tadi ada berbaur rindu kat adik2 dia untuk berjumpa. Waa cam tulis cerpen pulak..hehhee.
Memandangkan hari ni kelas direct dari jam 2 – 6 petang, agak pendek masa untuk masak juadah berbuka puasa. So sebelum ke kelas 4-6 sempat ke cafe beli tomyam. Itu saje lauk yang rasa nak beli lain rasa cam tak berminat. Tapi tujuan sebenar ke cafe adalah untuk ambil bubur lambuk free. Abu Hurairah suka sangat makan, kadang2 adik hanif pun sama joint makan.
Dipendekkan cerita, sampai rumah dalam 6 lebih, dan bersihkan ayam dan ikan cencaru. Tetiba terlihat pulak oven yang ayah belikan tak terusik. Apa lagi panggil ayah dan suruh dia setkan masa dan suhu. So jadi la juadah petang ni ikan cencaru bakar dan ayam percik…wow!
Dekat kul 7 semua siap…waa cam robot masak, cepat dan simple je. Letih balik dari kerja hilang bila tengok ayah tambah nasi time berbuka…hehehe…biasa ayah pun selalu tambah…bagus suamiku.

ayam percik

ikan cencaru bakar

Semua gambar di atas adalah ihsan dari internet je weheheee…sebabnya tak sempat nak snap..hilang dalam perut je hahaha. Selamat berbuka semua. Bestnya yang dah banyak baca quran, berapa juzuk dah habis? Saya belum….

 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2010 in Kehidupan, Makan-makan, Ramathan

 

Tags: ,

Santapan Raja Terliur: Serambi Pak Engku

Satu benda yang orang di negara kita tak boleh lari pada bulan puasa ialah, berbuka puasa ala “makan selagi perut ko larat nak makan” atau nama baik dia makan ala buffet.

Buffet dan puasa … memang tak boleh mix …

Tujuan puasa itu sendiri adalah bertujuan untuk menguji dan mengajar manusia supaya berusaha untuk menahan keinginan a.k.a nafsu. Buffet pula bertujuan untuk menyaji dan mengajak manusia supaya makan dan minum berbagai-bagai hidangan yang disediakan. Memang betul … ada orang yang boleh control diri ketika berbuka ala buffet, tapi majoriti rakyat negara ini mempunyai mentaliti yang jika kita bayar RM45, then kita juga harus makan setimpal dengan apa yang dibayar … 

Mungkin mereka sedang mempraktikkan first law of thermodynamics.

Seperti yang aku katakan di atas, benda ni memang kita tak boleh lari, jadi semalam aku telah pergi bebuka ala buffet di Serambi Pak Engku. Jangan risau, aku pun sebelum ni tak pernah dengar akan tempat ini. Serambi Pak Engku ni letaknya di tingkat 4 bangunan  PKPS (berhadapan dengan hotel Grand Blue Wave) dan ianya menyediakan masakan ala kampung hasil tangan Chef Pak Engku. 

Macam macam jenis makanan ada contohnya,

Ikan patin masak asam pedas

Ikan patin masak asam pedas, kesukaan aku. Yum!

yang ini,

siput sedut

siput sedut masak cili api ( aku rasa), kesukaan wife aku.

dan ini adalah some of other foods yang ada malam tu macam apam balik (memang sedap giler), karipap, pulut bakar, laksa penang, lala masak pedas dan nasi beriyani. Ni baru makanan 1st round yang sempat aku snap, ada banyak lagi makanan lain available.

makanan yang ada

makanan yang ada

Food wise, makanan di Serambi Pak Engku memang sedap, lazat dan menyelerakan. Tempat ni memang sesuai untuk mereka yang rindukan masakan mak di kampung dan juga memang sesuai kalau nak bawa mak dan ayah berbuka puasa. Bukan sahaja makanannya sahaja ala kampung, suasana dewan itu jugak telah didekorasi bertemakan konsep kampung. Alas meja bercorak batik, pinggan bunga pink macam pinggan umah nenek aku dulu, dan di tengah-tengah dewan, sebuah titi kayu telah dibinia untuk melengkapkan lagi tema berbuka puasa ala kampung ini.

Tak rasa pun macam kat kampung tapi thumbs up for the effort.

suasana 1

2 layar besar untuk live feed of action dalam dewan

Titi dengan hiasan pokok di tengah dewan.

Yang berbezanya di Serambi Pak Engku ni, setiap malam ada kehadiran beberapa artis tanahair untuk membuat persembahan kepada tetamu yang datang berbuka puasa. Pada malam semalam, yang ada untuk memeriahkan majlis berbuka termasuk … 

A Rahman

Khir Rahman dan kawannya

Bang bang boom

Geng-geng dari Bang bang boom

rohana jalil + abu

Rohana Jalil

hasrol + artist

Mamat ni dari bang bang boom juga ( yang sebelah kiri, yang sebelah kanan tu member aku, ahaha)

Jadi seperti yang dapat korang lihat diatas, tempat ni memang penuh dengan artis, selain dari artis diatas yang turut hadir adalah Ikram dan juga Diddy AF.

So worth going? Depends …

Nak berbuka di sini korang kena bayar RM45. Kalau korang nak praktikkan first laws of thermodynamics, banyak jugak yang nak kena telan. Tapi personally aku rasa from RM45, probably around RM20 is for the food, another RM25 korang bayar untuk entertainment yang disediakan. Every night ada different artis yang datang untuk buat live performance and kalau korang memang jenis yang suka and teruja bila jumpa artis, tempat ni memang sangat sesuai untuk korang …

Aku rasa macam out of place bila makan kat sini sebab aku bukan jenis yang suka mingle dengan artis. In fact there are probably another half artis yang datang which aku tak tau nama diorang. Aku probably will fit in kalau duduk sedewan dengan HD Moore, Jon Lech Johansen, Neil Provos, Kevin Rose dan lain-lain. U get the idea …

Tapi tu aku …. kawan aku dalam gambar tu seronok je aku tengok, ahahaha …

 
3 Comments

Posted by on September 23, 2008 in Makan-makan

 

Tags: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.