IKEA bukanlah nama baru haiwan peliharaan kitorang, dan bukan juga akronim bagi I Know Every Answer. Aku rasa korang pun tau IKEA tu apa, bangunan warna kuning berselang biru yang tersegam gagah di celah-celah The Curve, IKANO PowerCenter dan Tesco di Mutiara Damansara. Tapi aku pasti yang ini korang tak tau, IKEA itu sebenarnya adalah akronim kepada nama foundernya, Ingvar Kamprad (IK) dan nama kampung dan ladangnya, Elmtaryd and Agunnaryd (EA), so IK + EA jadilah IKEA.
Selain daripada showroomnya yang memang menarik untuk dilihat, diduduki dan dibaringi. IKEA ini juga glamer dengan makanannya. Dulu aku selalu pergi sana makan fish and chips tapi sekarang yang ada cuma meatballs, dan IKEA, kalau korang nak tau, menjual 150 Juta meatballs setahun diseluruh dunia. Banyak tu …
Tapi hari ni aku bukan nak citer atau promote pasal IKEA, aku nak citer pasal barang yang aku dah beli kat IKEA dan pendapat aku tentang barang2 ni.
1. Penghadang kanak-kanak
Abu Hurairah sudah menjelang 10 bulan dan seperti kanak2 lain, dia sudah pandai merangkak dan memanjat. Aku tak kisah dia nak merangkak dari pintu depan hingga pintu dapur. itu senaman yang bagus. Tapi aku cukup risau bila dia dah start usha tangga rumah aku, soalah-soalah memasang angan untuk menahluki tangga itu anytime soon. Sebagai superdad aku perlu lakukan sesuatu jadi inilah hasilnya, penghadang kanak-kanak IKEA.

You can look but you cannot conquer it Abu Hurairah, not yet!
Harga penghadang ini dalam RM200 so memang agak mahal, tapi aku dah survey around and for brand lain pun harganya lebih kurang tu jer. Sebelum beli better ukur dulu keluasan laluan sebab penghadang ini sesuai untuk laluan yang luasnya kurang dari 85cm sahaja. Dan korang kena pastikan yang permukaan dinding adalah rata, sebab aku ada problem nak letak penghadang ni dekat laluan ke dapur rumah aku kerana permukaan dinding yang senget.
Yang bagusnya penghadang ini boleh dibuka both direction, and since dia tak sliding, dia offer pembukaan yang luas jadi senang untuk kita keluar masuk laluan ni, sesuai la untuk orang yang berbadan besar macam aku. Hahaha …

Senang nak masuk sebab laluan yang luas.
Penghadang ini menggunakan teknik pressure mount di mana empat getah ditekankan ke dinding untuk menegakkannya. Setakat ini, berdasarkan ujian onggohan ( betul ke perkataan tu?) yang dilakukan oleh Abu Hurairah, penghadang ini masih berdiri teguh walaupun di onggoh sekuat 1 Richter. Huhuhu …
Read the rest of this entry »