RSS

IKEA in the house

29 Aug

IKEA bukanlah nama baru haiwan peliharaan kitorang, dan bukan juga akronim bagi I Know Every Answer. Aku rasa korang pun tau IKEA tu apa, bangunan warna kuning berselang biru yang tersegam gagah di celah-celah The Curve, IKANO PowerCenter dan Tesco di Mutiara Damansara. Tapi aku pasti yang ini korang tak tau, IKEA itu sebenarnya adalah akronim kepada nama foundernya, Ingvar Kamprad (IK) dan nama kampung dan ladangnya, Elmtaryd and Agunnaryd (EA), so IK + EA jadilah IKEA.

Selain daripada showroomnya yang memang menarik untuk dilihat, diduduki dan dibaringi. IKEA ini juga glamer dengan makanannya. Dulu aku selalu pergi sana makan fish and chips tapi sekarang yang ada cuma meatballs, dan IKEA, kalau korang nak tau, menjual 150 Juta meatballs setahun diseluruh dunia. Banyak tu …

Tapi hari ni aku bukan nak citer atau promote pasal IKEA, aku nak citer pasal barang yang aku dah beli kat IKEA dan pendapat aku tentang barang2 ni.

1. Penghadang kanak-kanak

Abu Hurairah sudah menjelang 10 bulan dan seperti kanak2 lain, dia sudah pandai merangkak dan memanjat. Aku tak kisah dia nak merangkak dari pintu depan hingga pintu dapur. itu senaman yang bagus. Tapi aku cukup risau bila dia dah start usha tangga rumah aku, soalah-soalah memasang angan untuk menahluki tangga itu anytime soon. Sebagai superdad aku perlu lakukan sesuatu jadi inilah hasilnya, penghadang kanak-kanak IKEA.

You can look but you cannot conquer it Abu Hurairah, not yet!

You can look but you cannot conquer it Abu Hurairah, not yet!

Harga penghadang ini dalam RM200 so memang agak mahal, tapi aku dah survey around and for brand lain pun harganya lebih kurang tu jer. Sebelum beli better ukur dulu keluasan laluan sebab penghadang ini sesuai untuk laluan yang luasnya kurang dari 85cm sahaja. Dan korang kena pastikan yang permukaan dinding adalah rata, sebab aku ada problem nak letak penghadang ni dekat laluan ke dapur rumah aku kerana permukaan dinding yang senget.

Yang bagusnya penghadang ini boleh dibuka both direction, and since dia tak sliding, dia offer pembukaan yang luas jadi senang untuk kita keluar masuk laluan ni, sesuai la untuk orang yang berbadan besar macam aku. Hahaha …

Senang nak masuk sebab laluan yang luas.

Senang nak masuk sebab laluan yang luas.

Penghadang ini menggunakan teknik pressure mount di mana empat getah ditekankan ke dinding untuk menegakkannya. Setakat ini, berdasarkan ujian onggohan ( betul ke perkataan tu?) yang dilakukan oleh Abu Hurairah, penghadang ini masih berdiri teguh walaupun di onggoh sekuat 1 Richter. Huhuhu …

D

Pengunci yang kompleks untuk memastikan kanak2 tidak reti membukanya, :D

Overall aku memang sangat berpuas hati dengan produk ni dan aku sangat-sangat rekemenkan produk ini kepada orang lain.

2. Babychair

Korang pernah tak makan kat meja suami isteri, sambil dipandang dari jauh oleh anak korang dengan muka kesian, sebab tak dapat nak join sama. Kadang2 budak tu bukan nak makan pun, tapi rasa seronok kalau dapat duduk bersama dengan ayah dan ibu tersayang. Abu Hurairah selalu buat muka comel dan kesian macam tu jadi akhirnya kitorang pun belilah baby chair IKEA ni untuk dia.

Kerusi bayi Abu Hurairah

Kerusi bayi Abu Hurairah

Setelah menggunakan kerusi ini untuk lebih kurang sebulan, aku sangat2 rekemenkan kerusi ini kerana:

  • Ianya diperbuat daripada plastik, jadi senang nak lap dan yang paling penting, kalau baby anda suka mengetuk2 meja, tangan dia tak sakit. Sesuai la untuk Abu Hurairah yang memang hobinya mengetuk apa saja.
  • Ada safety belt jadi bayi anda tidak boleh dengan sewenang-wenangnya keluar dari kerusi bila rancangan Little Enstein keudara di ASTRO 613. Selamat bukan?
  • Ianya ringan jadi anda boleh angkat dan pindahkan ia kemana saja yang anda suka. Setakat ini aku dah guna di ruang tamu untuk Abu Hurairah menonton TV, di bilik ampai baju, untuk menemani isteri aku mengampai baju. Bagus kan …
  • Kerusi ini juga stackable, maknanya kalau korang ada kedai, dan korang ada lebih dari 1 kerusi ini. Korang boleh letak dia bertingkat-tingkat …
P

Tali pinggang keselamatan untuk keselamatan, duh :P

Harga kerusi ni lebih kurang RM50, and for me it is useful to have in the house.  So tu je la barangan IKEA dalam rumah aku. ( yang aku nak citer la). Hopefully this guide will help those kat luar sana yang looking to buy benda2 yang aku tulis ni.

 
7 Comments

Posted by on August 29, 2008 in Kehidupan, Our Little Caliph

 

Tags: , , ,

7 responses to “IKEA in the house

  1. maisarah

    September 4, 2008 at 12:50 pm

    coool~ [haha..its me again!]
    naper sme putih? [byk songeh plak =P]
    isn’t the word ‘superdad’ only can be use by abng ijal?

     
  2. Tengkorak

    September 5, 2008 at 4:03 am

    No actually every guy in our family is a superdad, ok :P including our beloved father.

    Apa yang putih tu? Gate ke … ahaha mesti la putih sebab kami ni kalau based Colour Vibration Therapy adalah golongan2 warna luarannya putih ok? :P

    Dik, ko update la blog ko … takkan takde citer kat negara tercinta kot? ne?

     
  3. maisarah

    September 5, 2008 at 7:47 am

    oh..then u should paint ur house white =P
    hahaha..update blog e?huhu..malasny..adik ske bace blog but to write..huhu maleh sungguh..baiklah..mlm ni updated la tu..InsyaAllah..ngeee~

     
  4. ibu nuha

    February 9, 2011 at 10:28 pm

    salam.baby chair sesuai tok bby bape bulan?bby sy 6 bulan n lom pandai duduk lg…ok ker klu gune bby chair ni?

     
    • anismy

      April 11, 2011 at 4:12 pm

      better kalau dia dah boleh duduk nanti sakit pinggang dia

       
  5. idia

    May 26, 2012 at 10:57 pm

    tak boleh nak beli online ker kerusi ngan penghadang tangga ni.. nak gi ikea jauh sgt saye duk utara

     
  6. yati

    October 4, 2012 at 2:07 pm

    woww… terbaik.. dua2 benda ni mmg sy tgh cari for my 8months lil son… so yg penghadang tu how much ye?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: