anismy's Weblog

Sharing is caring

Interview Terbuka

Posted by anismy on November 23, 2009

TEMUDUGA SEBAGAI “CALON JENAZAH”
———— ——— ——— –

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a’lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

-from an e-mail

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Hurairah dah 2 tahun!

Posted by anismy on November 6, 2009

Baru-baru ni Abu Hurairah celebrate birthday dia yang ke 2 tahun…alahai bosa dah anak omak ni..hehehe. So, kitaorang bawak la dia pergi cari mainan and beli kek.  Oleh kerana mainan dia memberi feedback yang sama, so kami je la yang pilihkan. Tapi bila beli kek, dia sendiri yang pilih kek kesukaannya. Ye la kan dah bday boy katakan …kene ikut la. Tatau la napa tapi bila dia tengok kek ni asik panggil bear…ooo bear…ahahahaa

DSC01725

ni la bday cake abu hurairah sempena bdaynya yg ke 2 tahun

DSC01726

ni la close up kek hurairah yang dia suka sangat

Oleh kerana kami dah setting tempat ngan kek tu atas hadiah dia, pandai pulak dia datang dan tiup lilin….kelas gitewww. Tapi air liur je kuar lilin tak padam2 pon. Last2 ummi ngan ayah yang tolong tiupkan.

bday1 copy

ni la percubaan utk meniup lilin hehehe

Time yang paling hurairah tak sabar2 adalah bukak hadiah. Punya la dia excited. Agaknya dia tau feeling seorang yang sambut bday.

hurairah dah tak sabar nak bukak hadiah dia..apa tu?

Adik pulak…asik tengok je abang duk ke sana sini sibuk bukak hadiah. Ye la baru first time tengok bday party since he was born…ye ke dik! Apa2 pun adik cool je malam tu…kasi can abg dia having fun.

DSC00064

adik tengok keletah abg dia celebrate bday

Masa bukak wrapper, dia sendiri gak nak tolong. Tengok aje la punya la excited.

DSC00066

itu la gaya dia bukak hadiah

Lepas bukak hadiah tu, dia terus cuba naik bike tu. Punya la happy. Ummi dan ayah pun happy sebab dia suka hadiah yang kami pilih tu. Erk..tahun depan upgrade jadi apa lak ek hadiah abu hurairah ni ayah?

DSC00069

haa...ni la hadiah bday hurairah

DSC00072

dia main punya la sakan sampai malam tu cam tak nak tido

Dia main sampai kul baper pun tak tau…gembira sangat la tu. Takpe la hurairah janji dia suka ngan hadiah ni. Lastly, ummi dan ayah ucapkan SELAMAT HARI LAHIR…semoga jadi insan yang berguna dan berakhlak mulia…aminnnnn.

Posted in Birthday, Family, Our Little Caliph | Leave a Comment »

Reunion ISK 10 Tahun

Posted by anismy on November 3, 2009

Baru-baru bertempat di Hotel Putra,KL, kami sempat berkumpul setelah sekian lama berusaha mahu bersua. Alhamdulillah…setelah jumpa muncul aja wajah2 ceria set2 UTM Skudai. Kalau dulu(10 tahun) maybe tayang pakwe/makwe huhuu tapi sekarang tayang anak pulak…dalam ramai-ramai tu ada dapat anak sekali 3 you! Murah rezeki dia. Itu yang syok bila jumpa namun sekejap ja tempoh masa tu. Masing2 maybe agak…malu yer la lama sungguh tak jumpa. As for me, ada yang baru kenal..hehehehe. Maybe masa belajar i tak cater banyak crowd agaknya sebab tu ramai yang tak kenal. Tapi bagus la reunion ni…i like!

DSC01734

Ini la antara geng2 hangat yang datang

DSC01753

nie la kawan2 kelas kami isk 1

DSC01743

waaa..hurairah pun sempat wat mesyuarat tingkap

DSC01776

ni geng group satu gak

DSC01772

rombongan cik Kiah

reunion1

bersama hubby, peyo dan adiknya

Posted in reunion | Tagged: | Leave a Comment »

The Process…

Posted by anismy on October 19, 2009

Since rumah kami sekarang ni under renovation. Ini la antara proses yang dilalui dan bakal dilalui..i guess . Heee

Phase 1: Lakaran kasar

write a plan

So kitaorang dah buat something utk diubahsuai...ikut tema. Tapi dalam gambar ni macam complicated..actually tak sama pun cuma gimik je..

Phase 2: Rangka

ha...rangka

Bila dah plan...ikut la yang dah buat..agak2 ada la kot macam ni

Phase 3: Color

Haaa..time color

Haaa..time color ni paling best..sebab leh berangan2 nak kaler apa. Siap ada feature wall. Ada la 2 kali g kedai untuk beli cat..

Phase 4: Berkemas

haaa br rileks

Phase ni belum sampai lagi la..tak sabar! Sebab time balik kerja umah bersepah dengan pasir dan debu.

ni la agaknya hari2 bila balik kerja bincang pasal rennovation hehee

Ni la agaknya hari2 bila balik kerja bincang pasal rennovate rumah hehee

agak2 orang nak datang tampal kertas ni la kat umah thehee

agak2 orang nak datang tampal kertas ni la kat umah thehee

Posted in rumah | Leave a Comment »

Open House Rumah Sara

Posted by anismy on October 9, 2009

Just a short post. baru je balik dari rumah sara. Masa kami sampai tak ramai dah orang cuma famili sara je ada.Biasa la kalu dah kenyang ni malas la nak sambung wat keje…hehee..layan la blog ni sementara ada sedikit masa. Sempat la snap a few photos. Tapi lupa nak amik gambar menu yang sara prepare. Pandai la ko masak sara..memang isteri mithali :) . Nanti bole la suruh anuar wat kitchen kabinet cantik2…euwww. Btw, thanks sara sebab jemput kami makan.

kak yati yang baru balik dr Nottingham pun datang sklai ngan kami
kak yati yang baru balik dr Nottingham pun datang skali ngan kami
close up baby sara..Arshad
close up baby sara..Arshad

Posted in Makan-makan | Leave a Comment »

Cheer up!

Posted by anismy on October 9, 2009

Salam semua, rasanya time-time macam ni kebanyakkan orang masih sibuk menghadiri rumah terbuka. Tak terkecuali saya sendiri nnt nak g rumah roomate office wat umah terbuka…jeng…jeng sara la tu(kalu sempat nanti uploadkan gambar).
Dalam keadaan damainya datang ofis ni tetiba dapat surat untuk dokumen kan satu subjek yang saya ajar bagi dijadikan OBE…haa kelam kabut jadi nasib atas bantuan seorang sahabat dapat disiapkan dalam alahai..sekejap je. Ingatkan berhari2 so sempena dah siap ni ada mood pulak nak updatekan blog yang comey ni untuk tatapan semua.
Gambar ni saja je letak ..tak ada kene mengena pun cerita dia atas kwang3x.

aha..time raya hari tu ..nak g beraya

aha..time raya hari tu ..nak g beraya


close up adik hanif...asik takde dlm gambar..hehehe

close up adik hanif...asik takde dlm gambar..hehehe

Posted in Family, Kehidupan, Our Little Caliph | Tagged: | Leave a Comment »

Raya 2009

Posted by anismy on October 6, 2009

Selamat Hari Raya semua..rasanya baru jer update kat blog ni tapi rupanya hampir 3 bulan blog ni sunyi sepi. Owh ye ada gak ayah post kan gambar adik Abu Hurairah iaitu Abu Hanifah. Memandangkan dah banyak hari dah bulan syawal ni…cepat2 la nak update blog ni..sempena hari raya.

Banyaknya nak kongsi cerita ni tapi tak tau la nak mula kat mana. Cuma nanti la difikirkan apa yang nak ditulis. Raya tahun ni jatuh pada 20hb Sept, kalau ikutkan turn maka kami beraya kat Puchong tp memandangkan ada event lepas raya kami raya la di kampung halamanku di terengganu nan jauh di mata tetapi tetap dekat di hati. Di pendekkan citer maka beraya la kami sekeluarga dalam suasana yang gembira al maklum la kakak di Kuantan ada dan adik pun balik  ada hari raya pertama dari Kota Bharu. So meriah la dengan acara kutuk mengutuk, buli membuli. Ahahaaa..

Pada pagi raya lepas solat sempat la bermaaf2an dan bergambar. Raya ni macam biasa la kalau takde menu special rasa macam hambar..hehehe. Tapi saya cukup suka menu tahun ni pada hari raya pertama, mak buat laksa Terengganu, kakak buat nasi himpit, kuah kacang dan rendang. Raya kedua Nasi Dagang, berkali-kali tu g ke dapur pekena nasi dagang..best2. Tapi yang pasti time raya ni leh rasa macam2 masakan..sampai pening perut ni dok menahan kekenyangan. Namun jauh di sudut hati..chewah2 hari raya tahun penuh bermakna sebab kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata..adik! welocme to our family..:)

ano...maksu...selamat hari raya

ano......selamat hari raya semua!

menu hari raya pertama

menu hari raya pertama..besttt

ni la yang ada time lepas solat raya

Lepas solat raya, kami kumpul la amik gambar...lagi dua family takde dalam gambar ni

keluarga kami heee

keluarga kami heee..dah bertambah lagi satu..complete, ayah satu ummi satu.

ala2 candid camera

ala2 candid camera dah semua orang boring asik amik gambar dalam umah

ni baru suku

So ni kira combine anak2 dan cucu2 pakcik n makcik...tu baru suku.

ha...seharian raya hurairah dah tak tahan terus tido kat belakang..zzzzzz

Tengok la tu style hurairah tido, on d way balik dah seharian raya agaknya dah tak tahan terus tido kat belakang..zzzzzz

Posted in Family, Raya 2009 | Tagged: | Leave a Comment »

Adik Abu Hurairah

Posted by tengkorak on July 10, 2009

Just a quick post, for those yang tak sabar nak tengok adik Abu Hurairah ( ecspecially Mak Su dia kat India sana), here are some pics that I have managed to shots in the labour room. ( Why do they call it labour room anyway?)

Adik Abu Hurairah

So thats how daddy looks like ...

Adik Abu Hurairah II

Boy ke girl ni ... ?

Adik Abu Hurairah III

Ok ... hidung tu mesti inherit dari ayah ... kwangx3

And finally a bonus video, could have shot more tapi nurses tu asyik suruh keluar dari labour room je. Aku nak excited dapat anak pun tak boleh ….. haih!

Posted in Birthday, Family, Our Little Caliph | 1 Comment »

Toddlers’ Thought: Good places to sleep!

Posted by tengkorak on July 6, 2009

Aaa … dah lama dah kita tak update blog ni …. lamaaaaa sangat rasanya. Bukan tak nak update tapi busy menjadi kanak-kanak :D .

Anyhow hari ni kita nak share pengalaman kita kepada kawan2 yang lain, tentang tempat kat mana yang paling best sekali nak tidur, kalau kita pergi One Utama.  Buahahaha …

FOS kids

FOS kids & teens

Lokasi 1: FOS kids & teens

Ok tempat ni berdekatan dengan surau kat new wings, kalau mak ayah korang suka spend masa lama dekat OU, korang memang tak boleh miss kedai ini sebab diorang mesti kena solat kan? Dan kedai ni memang dekat sangat dengan surau.

Kedai ni tak berapa sesuai untuk tidur kerana beberapa faktor:

  1. Lampu yang digunakan agak cerah ( lampu kalimantang macam kat umah tok kita kat Banggol) jadi silau. Perhatikan didalam gambar diatas kita terpaksa tidur facing away from the shop.
  2. Bising, kerana ianya dekat dengan kawasan playground kanak-kanak.
  3. Berhampiran dengan kedai Aiskrim kartit ( tu nama owner dia), jadi setiap beberapa ketika, akak indon tu akan mula membunyikan loceng ais krim untuk menarik perhatian kanak-kanak berhampiran.
Parkson OU

Parkson Grand

Lokasi 2: Parkson Grand

Kalau tak silap, parkson grand di OU ada beberapa tingkat ( 4 rasanya), jadi ini memberi banyak pilihan untuk kita memilih tempat yang sesuai untuk beradu. Tetapi sekali lagi cahaya di kawasan ini agak cerah, jadi ianya agak mengganggu mereka-mereka yang gemar tidur didalam tempat yang gelap. Jika berlakunya jualan murah diluar pintu masuk Parkson, ianya akan menjadikan tempat ini makin tidak sesuai untuk tidur. (Kerana selalunya diluar Parkson jualan murahnya berkaitan dengan baju dalam, jadi memang tidak sesuai, untuk ayah saya). Ehehehe …

Jika anda sudah betul2 mengantuk, tingkat 1 adalah kawasan yang paling tenang. Jauhi dari tingkat 3 dan 4, kerana alasan di atas dan terutama sekali tingkat 4 kerana selang beberapa minit beberapa gondola kanak-kanak yang dipenuhi oleh kanak-kanak terlebih glukosa akan melalui kawasan tersebut. Sudah tentu mereka akan bersorak riang ( sambil dikejar oleh ibu bapa mereka yang tidak pernah melihat anak sulong menaiki gondola, ayah saya dulu pun macam tu, ahahaha), jadi bunyi bising ini akan menganggu tidur anda … You have been warned.

SenQ

SenQ

Lokasi 3: SenQ

Jika anda perlukan tempat yang bising dan bingit untuk tidur, SenQ adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lebih-lebih lagi jika anda perlu diulit oleh alunan pembesar-pembesar daripada televisyen dan set home theater anda. Bunyi yang meletup, gambar yang crisp dan colorful. Memang tempat yang sesuai untuk gadget lover. Apatah lagi jika tidur bersebelahan TV LCD idaman. (Bila la ayah nak beli TV baru? ) Lihatlah bagaimana tenangnya saya tidur dikelilingi oleh set-set TV ini semua. Memang sungguh indah sekali.Lebih indah jika ayah bawak sekali VCD cerita Little Einstein atau pun Pocoyo (Kalau ada laa … ).

Tapi awas … terlalu banyak em waves ini mungkin boleh merosakkan tubuh anda … mungkin kan?

BAD - Big Apple Donuts

BAD - Big Apple Donuts

Lokasi 4: Big Apple Donuts

Aaah aku masih ingat ketika suatu ketika dulu, zaman bila ayah dan ummi ku ketagihkan donut Big Apple ini. Sehinggakan mereka sanggup membeli 2 dozen donut tersebut untuk dibawa pulang. 2 dozen bukan sedikit ye kawan2. Mari kita buat kiraan secara rawak, katakan seorang manusia kebiasaannya cuma makan 2 ketul donut setiap hari. Jadi berapa banyak donut yang dimakan oleh ayah dan ummi jika 2 dozen donut boleh dihabiskan dalam masa 2 1/2 hari? 57 1/4 donut tau …. power kan … dan saya belum bersekolah jadi saya memang tidak pandai mengira :p.

Back to main topic … Big Apple Donuts memang tidak sesuai untuk tidur kerana:

  1. Bau donut yang menyelerakan akan membangkitkan anda dari tidur dan bukan sebaliknya … itu pun jika anda penggemar donut.
  2. Akan terdengar suara-suara halus yang menjerit ” Iwant that, aarghh I want that too … arrghh … I dont know which one to choose!” dan bermacam-macam lagi. Macam mana nak tidur kan?
  3. Kedai donuts ini berada ditepi laluan utama jadi ada ramai orang yang lalu lalang dihadapan kedai ini. Sudah pasti mereka-mereka ini akan berbual-bual sesama mereka kan. Sekali lagi … bising ….
MPH ( Malaysia Publishing House)

MPH ( Malaysia Publishing House)

Lokasi 3: MPH ( Malaysia Publishing House)

Aa … korang boleh lihat dalam gambar betapa tenangnya diriku ini bila dibawa tidur didalam MPH. Lampunya tidak terlalu silau dan suasana disekeliling sungguh aman dan tenang. Ayah dan ummi juga boleh membaca majalah dan buku sambil menemani aku tidur.

Yah .. jika kawan-kawan inginkan tidur yang lena di OU, tidurlah di MPH. We kids needs our sleep remember! Jumpa lain kali …

Posted in Our Little Caliph | Leave a Comment »

Ayah! Happy Birthday…

Posted by anismy on July 6, 2009

Pada 1 Julai 2009 baru-baru ni..besday ayah. Kami celebrate cara kami yang biasanya sederhana. memandangkan menunggu kehadiran baby, tak sempat la ummi prepare makan2 untuk ayah. Mulanya terasa macam dah nak bersalin pada time tu, ayah kata, tu la hadiah untuk dia bila ummi tanya apa hadiah yang ayah nak sempena besday kali ni. Namun baby masih suka duduk kat dalam perut ummi ni..hehehehe…

Hari tu ada a diary of birthday boy, sekarang daddy pulak…

Malam tu oleh kerana tak sempat nak buat apa2, ummi cuma sempat buat milo panas cicah ngan biskut kering. Tapi tu menu kesukaan kami sebelum tido…kan ayah?

hanya milo panas dan butter crackers

hanya milo panas dan butter crackers

Ummi rancang nak celebrate ngan abu hurairah sekali tapi malam tu dia tertido awal pulak…tengok jam belum kul 12 dia dah pejam mata sebab bateri agaknya dah habis nak kena charge.

Abu Hurairah..awal2 dah  zzzzz ...letih sangat kot hari ni

Abu Hurairah..awal2 dah zzzzz ...letih sangat kot hari ni

..dan kami pun celebrate la dua org jerk…ingat nak suruh abu hurairah buat gimik jadi posmen anta kad, tapi dah tido awal…tak sempat2 dah..hehehehe. So ummi la kene buat semua pasal asisstant kecik ni tido awal. So sempat la ummi snap gambar ayah bersama hadiah..hehehehe…best kan hadiah ummi bagi kat ayah?:)

ayah posing ngan hadiah tak seberapa dari ummi

ayah posing ngan hadiah tak seberapa dari ummi

Hm…dah la tak sempat nak beli kek..(wey zana aku tak dapat la makan kek malam tu kedai dah tutup). Sebab malam tu g wat check-up kat UMRA so…balik dah kul 11 lebih..kedai daaa tutup…sian suamiku.

Abu Hurairah dah sedih...time nak g umah babysitter wp ayah dah belikan baju upin ipin

Abu Hurairah dah sedih...time nak g umah babysitter wp ayah dah belikan baju upin ipin

Oleh kerana malam tadi tak sempat makan kek, ummi insist ayah supaya g kedai makan kek, so our lunch is cake from Secret Receipe.

Ayah makan white chocolate macedemia

Ayah makan white chocolate macademia

I cuba hazelnut cheese ...sedap!

I cuba cheese hazelnut ...sedap!

Petang pulak kami makan heheheh…lihat saja gambarnya…donut jco!

kalu i paling best la...yang macam pizza tu..sebab tu amik 2

kalu i paling best la...yang macam pizza tu..sebab tu amik 2

Lepas makan donut, rasa macam tak kenyang, since lunch tadi kami makan kek je. So, singgah di seksyen 3. Ayah makan keutiaw. Ummi pekena nasi lemak..nyam nyam kenyang…

Nyum...ayah makan char keuw tiaw

Nyum...ayah makan char keuw tiaw

Haa.. itu jer la acara makan2 pada first julai baru2 ni sempena bday ayah. Walaupun tak dapat prepare majlis untuk ayah cam tahun lepas,  tapi cukup bermakna buat ummi..dapat spent makan2 ngan ayah. Harap ayah pun seronok! Happy Bday once again!

Posted in Birthday, Makan-makan | 1 Comment »